Tarikh: 30 Julai 2024
Masa: 12.00pm – 2.00pm
Tempat: Koridor Jabatan Pengajian Cina, UM
Pada bulan Ogos yang akan datang, staf Jabatan Pengajian Cina, Universiti Malaya (JPC, UM) Encik Raja Amran Raja Mohamad akan bertukar jawatan dan terdapat tambahan dua orang staf baharu iaitu Puan Nor Fadhilah Mohd Noor dan Encik Amirul Aizad bin Muhamad Sham. Dengan ini, JPC telah menganjurkan jamuan perpisahan dan sambutan kedatangan staf pada 30 Julai 2024.
Encik Amran telah berkhidmat di JPC selama 3 tahun. Beliau menguruskan kerja-kerja pentadbiran ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana mod kerja kursus. Profesor Madya Dr. Fan Pik Wah mewakili jabatan untuk mengucapkan terima kasih terhadap Encik Amran atas jasa dan bantuan selama ini. Menurut Prof Madya, Encik Amran telah banyak membantu dalam membina sistem-sistem pentadbiran yang efisen dan berguna selain memberi bantuan kepada pensyarah-pensyarah jabatan. Prof Madya juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Amran dalam jawatan baharunya.
Encik Amran turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah-pensyarah. Beliau mengatakan bahawa masa beliau di Jabatan Pengajian Cina adalah masa yang paling menggembirakan dalam kerjayanya. Beliau juga berjanji akan selalu balik jabatan sekiranya ada masa terluang.
Selamat bertugas dan semoga Encik Amran terus sihat dan ceria pada masa depan.
Selamat datang juga Puan Dila dan Encik Amir!


Tekan sini untuk artikel Bahasa Cina.