Disediakan oleh / Tan Yeow Tang(Intern Jabatan Pengajian Cina, UM)
Edit & Terjemahan / Khor Mei Wei (Pelajar Siswazah Jabatan Pengajian Cina, UM)
Tarikh:31 Januari 2024 (Rabu)
Masa:12.00pm – 2.00pm
Tempat:Koridor Jabatan Pengajian Cina, UM
Pada 31 Januari 2024, Jabatan Pengajian Cina, Universiti Malaya (JPC, UM) telah menganjurkan jamuan persaraan untuk Encik Tukimen bin Rosman yang akan bersara pada bulan Februari 2024. En.Tukimen telah berkhidmat dalam JPC bertahun-tahun, dan pelajar serta rakan sejawatnya sering memanggilnya dengan panggilan “abang” yang lebih mesra. Walaupun minggu peperiksaan yang berlangsung di UM menyebabkan kampus kelihatan lebih sunyi daripada hari biasa, ianya tidak menghalang semangat JPC untuk menganjurkan jamuan tengah hari untuk persaraan abang. Bilangan pensyarah-pensyarah, staf-staf dan pelajar-pelajar yang hadir pada petang itu tidak kurang daripada hari biasa.
JPC telah menyediakan hidangan yang lazat untuk mengucapkan rasa bersyukur terhadap abang yang telah berkhidmat hampir 30 tahun serta staf-staf yang berada di JPC. Ketua Jabatan Dr. Fan Pik Wah turut menyediakan hadiah misteri untuk semua pensyarah yang menghadiri jamuan tersebut dan juga staf yang berkhidmat dalam JPC sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka.
Waktu perkhidmatan abang dalam JPC kian berakhir, pensyarah dan pelajar merasa sedih akan kehilangan bayang abang dalam JPC dan bersemangat mengambil gambar bersama-sama abang sebagai kenangan. Pensyarah-pensyarah dan pelajar JPC amat menghargai perkhidmatan beliau dalam memberikan sokongan teknikal bagi memastikan segala urusan kelas dan aktiviti berjalan dengan lancar. Untuk masa akan datang, semoga Encik Tukimen mendapat kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupannya.
Tekan sini untuk artikel Bahasa Cina.